{98}
AL-BAIYINAH (bukti) 1-8
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Orang-orang
kafir, dari ahli kitab dan musrikin, tidak berpisah, hingga datang bukti itu
kepada mereka.
2.
(Iaitu) seorang Rasul dari Allah yang membaca lembaran-lembaran yang suci.
3. Yang
ada padanya(isi) kitab-kitab (agama) yang lurus.
4. Dan
tidak bercerai-berai orang-orang (kafir) yang diberi kitab, melainkan sesudah
datang kepada mereka bukti itu.
5. Pada
hal tidak diperintahkan mereka melainkan supaya mereka menyembah Allah dengan
mengikhlaskan agama kerananya, dengan menjauhi kesesatan dan (supaya) mereka
mendirikan sembahayang dan memberi zakat kerana yang demikan itu lah agama
kelurusan.
6. Sesungguhnya
orang-orang yang kafir, dari ahli kitab dan musrikin, (tempatnya) dineraka
jahanam, yang mereka akan kekal padanya, mereka itu ialah sejahat-jahat
maklhuk.
7.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan pekerjaan yang baik-baik, mereka itu ialah sebaik-baik
mahkhluk.
8.
Balasan mereka, disisi Tuhan mereka, ialah syurga-syurga tempat ketetapan, yang
mengalir padanya sungai-sungai yang mereka akan kekal padanya selama-lamanya,
Allah reda kepada mereka, dan mereka reda kepada nya yang demikian itu untuk orang yang takut kepada Tuhan nya.
[Previous Surah][Next Surah][Mukadimah Surah][Ulasan Surah]
.